06 March 2013

Boleh ke?


Suatu hari, aku berasa sungguh bosan. Tiada rakan untuk berbicara. Tiada pasangan untuk berbual mesra. Di hadapanku ada satu set permainan catur. Kelihatannya masih baru. Milik anak-anakku barangkali. Mungkin anak keduaku membelinya secara senyap-senyap dengan menggunakan wang simpanannya sendiri.

Kucapai set catur tersebut. Buahnya kuatur satu-persatu. Askar, kuda, kota, permaisuri, raja dan yang lainya kuletakkan di posisinya. Disebabkan ketiadaan pasangan untuk dijadikan lawan, maka aku bermain secara bersendirian. Akulah penyerang dan akulah musuhnya.

Satu demi satu musuh berjaya kutewaskan. Walau pun di pihakku ramai juga kesatria yang telah terkorban. Begitulah aku mengatur gerak buah-buah catur tersebut. Puas hatiku melihat banyak buah yang telah dimakan. Sama ada pihakku sendiri mahu pun pihak musuh.

Akhirnya aku sebagai penyerang berjaya juga mengalahkan aku sebagai musuh. Sesungguhnya aku adalah wira. Aku berjaya walau pun pada hakikatnya, aku adalah "mastermind"nya. Aku adalah pengerak buah-buah catur tersebut sehinggalah permainan itu selesai dengan mencapai suatu kemenangan mutlak.

Begitulah dengan apa yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini. Tanpa kita jangka dan kita sendiri sedari, ada tangan-tangan ghaib yang mengatur sesuatu kejadian. Pelakunya adalah kita sendiri. Dalam pentadbiran kerajaan Amerika Syarikat sendiri dikatakan bahawa Yahudi menjadi tangan-tangan ghaib yang menentukan setiap keputusan POTUS (President Of The United States). Akibatnya POTUS kehilangan kewibawaannya. Ada keputusan-keputusan yang dipertikaikan oleh negara-negara lain.

Yahudi sendiri sanggup mengorbankan anak-anak mudanya semasa era Perang Dunia Ke-2. Mereka menggalakkan anak-anak muda mereka menyertai pasukan-pasukan tentera Amerika Syarikat. Mereka kemudianya dihantar untuk berperang sama ada di Eropah atau pun di Pasifik. Ramai yang terkorban. Bagi Yahudi tindakan mereka adalah suatu yang mulia dan terpuji. Apa yang penting ialah mereka mencapai apa yang mereka inginkan. Hasilnya Yahudi berjaya membina negara Israel pada tahun 1948. Tanah Palestin dicerobohi dan penempatan-penempatan haram mula didirikan. Negara ini juga kemudiannya diikhtiraf oleh kuasa-kuasa dunia yang lainnya selepas itu.

P/S : Prinsip matlamat menghalalkan cara telah lama diamalkan. Hanya kita enggan mengakui kewujudannya. Banyak perkara yang haram, kita halalkan agar segala yang kita inginkan tercapai....
Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .