Sedang aku leka berehat di anjung. Tiba-tiba aku didatangi oleh dua orang lelaki.
Lelaki pertama yang berpakaian t-shirt berkolar dan berseluar slack menawarkan aku tiket penerbangan ke Eropah. Dia bukan sahaja menawarkan tiket tetapi juga wang sebanyak RM10 ribu seandainya aku bersetuju dengan tawarannya itu. Semua perbelanjaan juga turut ditanggung semasa aku berada di sana. Menarik juga peluang ini kerana aku akan dibawa mengunjungi bandar-bandar utama di Eropah. Tiada had masa dan aku bebas untuk berada beberapa lama yang aku sukai di sana.
Lelaki kedua pula menawarkan tiket penerbangan untuk aku menunaikan fardhu haji di Makkah. Tiada tawaran duit dibuat. Semua perbelanjaan atas tanggungan sendiri. Cuma kursus haji ditawarkan secara percuma. Ringkas sahaja tawarannya.
Aku termenung seketika memikirkan akan tawaran-tawaran tersebut. Kedua-dua lelaki itu hanya memberikan aku masa selama 10 minit untuk memberikan keputusan. Aku tidak dibenarkan untuk memilih kedua-duanya. Hanya salah satu sahaja.
Apakah keputusan yang perlu aku buat?
No comments:
Post a Comment