18 July 2013

Tazkirah Ramadhan....


Perkongsian ilmu sempena program tazkirah Ramadhan yang telah disampaikan oleh Ustaz Kahar (JPN Perak) di SK. Tasik Damai pada 17 Julai 2013. Program telah bermula pada 1300 ~ 1430.

PEMBERSIHAN JIWA
3 Jenis Hati.
1. Hati yang sihat.
2. Hati yang mati.
3. Hati yang sakit.

Tanda Hati yang Sihat.
1. Hati yang hidup di dunia sebagai musafir.
2. Selalu mengingatkan tuannya supaya kembali kepada ALLAH.
3. Rasa sakit apabila terlepas melakukan amalan.
4. Rindu melakukan amal seperti seorang yang lapar yang teringatkan makanan.
5. Sentiasa menjaga waktu seperti orang lain menjaga harta.
6. Hilang segala urusan dunia ketika bersolat.
7. Tidak lalai daripada Zikrullah.
8. Sentiasa memperbaiki amalan.

Penyebab Penyakit Hati.
1. Semua perbuatan maksiat.
2. Bahaya lidah.

Guru Mukmin yang Hatinya Bersih.
1. Bersungguh dalam mendidik muridnya.
2. Perihatin.
3. Bersungguh dalam "Pengajaran dan Pembelajaran."
4. Menepati masa.
5. Bekerja dalam satu kumpulan.

1 comment:

ALINA ZAINI said...

SALAM RAMADAN UNTUK SEMUA. SEMOGA RAMADAN KALI INI LEBIH BERMAKNA.

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .