09 June 2013

Kisahnya....



Suatu petang di sebuah kedai mamak aku memerhatikan dua orang sahabat karib sedang berbual. Di atas meja mereka terdapat dua gelas teh tarik. Berkongsi minat pada jenis minuman yang sama barangkali. Bila kuamati butiran percakapan mereka. Ternyata ia suatu yang menarik untuk aku mengikuti perbualan mereka sehingga ke penamatnya...

"Kita mesti memuliakan Islam. Kalau bukan kita, siapa lagi. Tetapi... bangsa pun perlu juga. Kalau tiada bangsa bermakna tiadalah Islam," katanya sambil menyedut rokok berjenama antarabangsa.

Kemudian dia menghembuskan asap rokok itu perlahan-lahan ke udara. Membiarkan asap itu bertebaran. Dia menyedut lagi. Menahannya agar asap rokok itu menjelajah ke seluruh otak dan urat saraf. Melepaskan apabila kepuasan terasa.

Dia menyambung lagi...
"Kalau kita sibuk menjadi pejuang agama sehingga menggadaikan bangsa pun tak guna juga. Kita perlu berterima kasih dan bersyukur kepada orang yang memberikan kita nikmat. Dapat makan... minum... bergerak dengan aman ke mana sahaja dalam negara ini. Itu pun sudah memadai. Adakah itu belum mencukupi?"

Rokok dihisapnya lagi. Kepalanya mendongak langit. Mungkin melepaskan kepuasan. Lantaran berjaya menyatakan hujah-hujahnya. Mungkin dia menyangkakan juga bahawa hujah-hujahnya itu telah berjaya mematikan hujah rakan karibnya itu.

Sambil melihat kerenahnya aku berkata-kata sendirian.

"Sudahlah tabiatnya haru-biru. Tiada fokus dan matlamat dalam menempuh alam kehidupan. Pandangannya pula bercelaru. Percakapan dan perlakuan sudah cukup mencerminkan sikapnya."

"Pejuang Islam dan bangsa jenis apakah jika sebegini...."

P/S : Ramai yang suka bermuka-muka. Jahil dianggap bijak, bijak dianggap jahil. Di Akhirat nanti, kita tidak akan mampu berpura-pura. Selagi diberikan nafas dan nyawa, tuntutlah ilmu agama. Jika tidak, kita akan menjadi jahil selama-lamanya....

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .