08 September 2013

Islam akan Kembali Bersinar....



Sultan Muhammad Al-Fateh meninggal dunia pada usia baginda 49 tahun. Kematian baginda disebabkan termakan racun yang diberikan oleh seorang Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam. Yahudi tersebut bernama Maesto Jakopa. Setelah memeluk Islam, dia menukarkan namanya kepada Yakop Pasya. Berjaya menjadi doktor peribadi kepada baginda dan menjalinkan hubungan yang rapat dengan baginda.

Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, baginda sempat berwasiat kepada anaknya yang berbunyi, "Ayahanda bakal menghadap Allah SWT. Sedikit pun ayahanda tidak menyesal dengan apa yang berlaku kerana semua itu sudah ditakdirkan. Tambahan pula sekiranya ayahanda pergi sudah ada penggantinya.

Ayahanda berwasiat kepada kamu, jadilah pemerintah yang adil. Berilah perlindungan  dan keadilan kepada rakyatmu tanpa pilih kasih. Kamu hendaklah menyebarkan Agama Islam sebab itu adalah kewajipan raja-raja Islam. Utamakan kepentingan agama melebihi kepentingan lain. Janganlah kamu lengah dan lemah dalam usaha menegakkan agama. Jangan kamu lantik mereka yang tidak beragama menjadi pembantumu. Jangan kamu lantik mereka yang sering melakukan dosa-dosa besar dalam jawatan penting.

Hindari bidaah dan khurafat dan jauhi mereka yang menyuruhmu melakukan perbuatan seperti itu. Terus berjihad bagi membela agama dan meluaskan pemerintahanmu. Jagalah harta baitulmal dan jangan bazirkannya. Jangan kamu ambil harta rakyat kecuali sesuai dengan peraturan Islam.

Ayahanda berwasiat kepadamu anakandaku, hormatilah ulama. Jangan sekali-kali mengusir mereka dari pintu istanamu. Jangan sekali-kali kamu lakukan perkara yang bertentangan dengan hukum Islam. Agama itu tujuan kita dan kita menang juga kerana agama.

Kamu ambillah pengajaran daripada perjalanan hidupku. Ayahanda dilahirkan ke dunia ini seperti semut kecil. Kemudian Tuhan kurniakan kepada ayahanda nikmat-NYA yang begitu besar. Bekerjalah kamu bagi meninggikan agama ALLAH. Jangan kamu boros membelanjakan harta negara dengan berfoya-foya ataupun bersenang-lenang atau kamu gunakan lebih daripada yang sepatutnya sebab itu membawa kepada kehancuran kerajaanmu."

Usai berwasiat baginda pun mengucap kalimah Syahadah lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Berita kemangkatan baginda mengembirakan penganut-penganut kristian. Di Rom, Paus memerintahkan agar gereja-gereja dibuka kepada orang ramai agar mereka dapat berkumpul dan berpesta. Mereka berarak di jalan raya sambil bersuka ria selama 3 hari 3 malam. 

(Dipetik daripada Novel Sejarah Islam, "Sultan Muhammad Al-Fateh - Penakluk Konstantinopel karya Abdul Latip Talib)

P/S : Begitulah peranan Yahudi dalam menghancurkan umat Islam. Mereka akan berada di mana-mana. Menyelinap dan berada di sekiling kita, Tujuannya hanya satu iaitu untuk melihat Islam menjadi lemah. Mereka akan sedaya upaya berusaha agar Islam tidak akan mampu kembali menerajui dunia. Pada saat ini... "Apakah peranan kita???"

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .