07 September 2013

Monyet pun Tumpang Tersenyum...



"Teruk la ini macam. Minyak naik dua puluh sen. Gaji sudahlah sikit. Apa mau makan..." Sammy merengus selepas membaca akhbar pada pagi itu.

"Tak suka minyak naik, tak usah duduk ini negara. Pergi lain tempat!!!" Raja yang duduk di sebelahnya terus mengherdik Sammy dengan kuat.

"Ayoyo...itu macam ka??? Ini negara saya juga. Ini worang pun ada ka... Cakap sikit pun mau kasi halau ka???" Sammy terus meninggalkan kawannya dengan keluhan yang berat.

P/S : Apa dia ingat negara nie, bapak dia yang punya agaknya. Asal tak sehalauan ajer akan dihalau keluar. Atau mungkin kita merasakan, kita samseng kampung Dusun era 50-an dahulu....

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .