Adakah kita hanya tahu bersyukur saat menerima laba dan keuntungan berupa wang ringgit daripada Allah sahaja? Bagaimanakah dengan nikmat-nikmat yang lain seperti nikmat kesihatan, nikmat bernafas, nikmat diuji dengan penderitaan serta kesakitan dan bermacam-macam nikmat yang lain lagi.
Saat kita diuji dengan kesakitan, kita masih kekal mengamalkan tabiat yang lama. Masjid dan surau masih enggan kita kunjungi. Bagaimana amalan boleh meningkat sedangkan kita malas mencari ilmu-ilmu.
Hati kita masih tetap untuk mencari dan memburu kenikmatan dunia walau pun Allah telah mula memberikan bayangan bahawa kita ini milik-Nya dan suatu hari nanti kita pasti akan kembali menghadap-NYA.
Apakah sudah cukup dengan hanya melafazkan ucapan syukur sahaja sedangkan solat lima waktu tetap kita abaikan. Bagi yang perempuan, ada yang masih tetap dengan penampilan mengiurkan dan bagi si lelaki masih lagi selesa dangan berseluar pendek untuk ke pasaraya atau pasar-pasar malam.
Sempit sangatkah pemikiran kita dengan hanya menganggap nikmat hanya kepada wang ringgit semata-mata....
Published with Blogger-droid v2.0.10
No comments:
Post a Comment