26 October 2013

Tanah Tumpahnya Darahku....


Baguslah bila ada kerajaan yang perihatin kepada rakyatnya...

Bila banyak kes kencing manis. Jalan penyelesaian ialah menarik subsidi gula. Maka harga gula akan naik. Rakyat kurang beli gula.

Bila banyak kes kemalangan berlaku. Buat kamera. Letakkan di tempat-tempat yang kononnya kerap berlakunya kemalangan. Contohnya di kawasan had laju 70kmj. Maka banyaklah yang akan kena saman
.
Bila banyak kes kemalangan berlaku lagi. Kurangkan harga subsidi untuk minyak. Maka harga minyak pun akan naik juga . Rakyat pasti akan kurang menggunakan kenderaan. Mereka akan berjalan kaki. Contohnya ada yang telah membuktikan apabila berjalan kaki daripada Besut hingga ke Putrajaya.

Bila kes penyakit darah tinggi meningkat di kalangan rakyat. Harga garam akan dikekalkan. Sebab garam tidak mendatangkan keuntungan yang banyak. Buat apa nak naik. Lagi pun rakyat bukannya makan nasi dengan garam sahaja.

Bila banyak orang mabuk sana dan sini. Harga arak tidak dinaikkan. Kalau harga arak naik, macam mana golongan sekular nak minum. Lagi pun kalau sakit, orang-orang kaya boleh ke hospital luar negara. Duit mereka banyak dan mampu untuk membayar kos perubatan di luar negara.
.
Bila banyak kes tembakan dan pembunuhan. Kerajaan akan pakat-pakat beli peralatan dan senjata terkini. Semuanya untuk memberi tekanan kepada pihak penjenayah. Tetapi takkanlah kontrak pembelian hendak diserahkan kepada Syarikat Pak Mail & Co. Sudah tentu syarikat-syarikat besar yang akan mendapat kontrak pembelian tersebut. Pemiliknya pula bukan "kecik-kecik anak."

Begitulah kemakmuran negara kita. Tak suka, tak usah duduk di Malaysia. Pegi duduk Bangladesh. Biar orang Bangladesh yang duduk Malaysia. Sebab mereka suka negara ini.

P/S : Begitulah jadinya bila kita masih tidak mahu menggunakan akal untuk berfikir. Alamatnya jadilah seperti unta. Hanya menunggu masa untuk disembelih....
Published with Blogger-droid v2.0.10

1 comment:

ALINA ZAINI said...

ha ha ha terbaik. Jangan marah nanti kena jual

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .