28 October 2013

Temberang atau Menipu....




Re : Do... Do... Naik!!! Hari nak hujan.
Mi : Apa kau ni? Begini punya panas terik kau kata nak hujan.
Re : Aku tu temberang... bongok!!!
Mi : Do... naik!!! Hari nak kiamat.
Re : Waaa... tu melampau tu.
Mi : Apalah kau ni. Cakap itu salah. Ini salah. Eh, mana yang betulnya?
Re : Kalau nak temberang pun biarlah yang "posible". Ini "imposible".

Dialog yang dipetik daripada filem "Laksamana DoReMi". P.Ramlee melalui karya-karyanya kerap menampilkan dialog-dialog yang penuh dengan maksud-maksud yang tersirat. Selain terhibur dengan lakonannya, kita boleh mengambil ikhtibar atas setiap mesej yang cuba disampaikan oleh beliau. 

Begitulah cara seorang seniman berfikir. Berfikir untuk membangunkan masyarakat dan bukan meruntuhkannya. Apa yang ada kini hanyalah seniman-seniman yang hanya memikirkan laba sahaja. Tanggungjawab untuk mendidik masyarakat diketepikan. Akhirnya lahirlah generasi yang menganggap "gangsterisme" dan "mat-mat rempit" sebagai suatu budaya yang perlu diikuti.

Al Fatihah untuk Allahyarham Tan Seri P Ramlee. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dosa-dosanya diampunkan oleh ALLAH SWT. Amin....

P/S : Allah memberikan kita akal agar kita boleh berfikir. Adalah malang andainya kita hanya memikirkan keseronokan diri semata-mata sedangkan umat Islam yang lain menderita....
Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .