06 November 2013

Jom Berpuasa Sunat....


CHECK-LIST PUASA SUNAT 1435H (2013-2014)

1. PUASA 1-9 MUHARAM bersamaan 5-13 NOV 2013

2. PUASA HARI ASYURA PADA 10 MUHARAM BERSERTA SEHARI SEBELUMNYA IALAH PADA 13 - 14 NOV 2013

3. PUASA HARI ISNIN DAN KHAMIS : MANA-MANA HARI ISNIN DAN KHAMIS KECUALI HARI TASYRIK 11 ZULHIJJAH bersamaan 6 OKT 2014 (ISNIN)

4. PUASA HARI PUTIH PADA 13, 14 DAN 15 HARI BULAN SETIAP BULAN HIJRAH SEPERTI BERIKUT :
  • MUHARAM pada 17-19 NOV 2013
  • SAFAR pada 16 -18 DIS 2013
  • RABIULAWAL pada 15-17 JAN 2014
  • RABIULAKHIR pada 13-15 FEB 2014
  • JAMADILAWAL pada 15-17 MAC 2014
  • JAMADILAKHIR pada 13-15 APR 2014
  • REJAB pada 13-15 MEI 2014
  • SYAABAN pada 11-13 JUN 2014
  • SYAWAL pada 09-11 OGOS 2014
  • ZULKAEDAH pada 08-10 SEPT 2014
  • ZULHIJJAH pada 08-10 OKT 2014
5. PUASA SUNAT REJAB pada 1-29 MEI 2014

6. PUASA SUNAT SYAABAN ( KECUALI HARI SYAK 30 SYAABAN) pada 30 MEI- 27 JUN 2014

7. PUASA ENAM ( PUASA MANA-MANA ENAM HARI SYAWAL KECUALI 1 SYAWAL IALAH PADA 29 JULAI - 26 OGOS 2014

8. PUASA 1- 8 ZULHIJJAH pada 26 SEPT-3 OKT 2014

9. PUASA HARI WUQUF (BAGI MEREKA YANG TIDAK MENUNAIKAN HAJI) pada 4 OKT 2014

P/S : Bersama-sama kita mencuba untuk mengamalkan ibadah sunat ini sepanjang tahun 1435H. Semoga amalan kita diberkati ALLAH SWT....

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .