Merakamkan detik-detik kegembiraan di masjid tidaklah salah. Sekurang-kurangnya gambar tersebut dapat menunjukkan keindahan seni bina masjid tersebut. Dapatlah juga masyarakat luar terutamanya yang bukan Islam melihat bahawa Islam adalah milik semua.
Islam itu bukannya milik sesuatu bangsa sahaja. Seni bina masjid yang indah menggambarkan bahawa Islam adalah sesuai untuk semua bangsa di dunia ini. Begitulah uniknya Islam yang diturunkan oleh Allah melalui rasulnya iaitu Muhammad SAW.
Tetapi agak kesal juga apabila melihat senario yang berlaku petang tadi. Sebaik sahaja azan berkumandang, mereka (remaja yang sedang merakamkan gambar) terus meninggalkan masjid. Jika masih ada urusan sekali pun, apalah salahnya untuk berjemaah bersama-sama. Ambillah sedikit masa untuk bersyukur atas nikmat yang diberi. Solat itukan wajib kepada seluruh umat Islam.
Rasanya masa yang diambil bukanlah lama. Setelah selesai solat, beredarlah dan teruskan pekerjaan yang tergendala tadi. Masa memperolehi laba, bukan main kita bersyukur. Tetapi apabila tiba masa yang wajib, kita engkari dan lengah-lengahkan.
Iman macam manalah yang kita miliki ini....
P/S : Masjid yang indah didirikan untuk kita menunaikan kewajipan kepada Allah SWT. Gunakanlah dengan sebaik-baiknya. Allah diutamakan terlebih dahulu, selepas itu barulah hal-hal lain....
Published with Blogger-droid v2.0.10
No comments:
Post a Comment