22 June 2016

Tiga Fasa Ramadhan...




Ustaz Muhammad Abdullah - 3 Rahsia Ramadan.

Rahsia 1.
Rahsia untuk mendapatkan rahmat Allah SWT.

1. Buat segala perintah yang wajib semaksima yang boleh.
2. Perbanyakkan segala perintah yang sunat.
3. Tinggalkan seagala perintah larangan yang haram.
4. Hindarkan segala perintah yang makruh.


Rahsia 2.
Mengapa kita perlukan pengampunan Allah?
... kerana dosa itu suatu yang membebankan kita.

Bagaimana untuk mendapatkan pengampunan Allah?

1. Kita perlu meminta dengan bersungguh-sungguh.
2. Perlu ada kemampuan untuk melihat keaiban-keaiban diri.
3. Melakukan amalan-amalan yang membawa kepada pengampunan Allah.


Rahsia 3.
Bagaimana untuk mendapatkan pelepasan daripada api neraka?

1. Menyelesaikan segala Rukun Iman.
2. Menyelesaikan segala Rukun Islam.
3. Usahakan diri kita untuk meninggalkan perkara-perkara yang haram seperti dalam bentuk akidah, syariat, dan akhlak.
4. Menulis segala hutang-hutang agar kita tidak lupa.
5. Menyempurnakan taubat.

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .