02 June 2016

Warna Sejuk dan Warna Panas....


Cikgu Zurina merupakan seorang guru di sebuah sekolah rendah. Sekolah tersebut  terletak di negeri Perak. Banjaran Titiwangsa di sebelah timur manakala Banjaran Kledang di sebelah barat. Dahulu kawasan ini dikenali dengan nama Lembah Kinta. Kini menjadi daerah Kinta. Sekolahnya pula terletak dalam PPD Kinta Utara.

Dia mengajar mata pelajaran PSV. Apa itu PSV? PSV ialah mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Murid-murid era 80-an dan 90-an menyebutnya sebagai mata pelajaran Seni Lukisan.

Esok…merupakan hari ke-4 peperiksaan Sumatif 2 diadakan. Hari untuk mata pelajaran PSV. Seperti kelazimannya sehari sebelum peperiksaan soalan PSV akan diedarkan awal. Jadi, dapatlah murid bersedia dengan peralatan mereka.

Hari itu…Cikgu Zurina meluangkan masanya untuk menjengah murid-muridnya. Murid kelas 6 Al-Konda Kondi.

“Semua dah dapat soalan PSV?” tanya cikgu Zurina.

“Dah cikgu,” murid-murid menjawabnya serentak. Senada…seirama…bagaikan irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan.

“Lihat pada soalan 1. Anda dikehendaki membuat satu pemandangan di dasar laut dengan menggunakan warna sejuk.” Cikgu Salina membacakan soalan tersebut agar murid-muridnya dapat memahami dengan lebih jelas.

Tiba-tiba seorang murid yang bernama Awe Dicu berdiri. Dia lantas berkata…

“Susah nie, cikgu.”

“Mengapa pula susah?” tanya Cikgu Zurina kembali.

“Memang susahlah sebab sekarang nie, peti sejuk rumah saya rosak.” Jawab Awe Dicu.

“Apa kaitan peti sejuk dengan soalan ini pula, Awe?” tanya Cikgu Zurina lagi.

Awe Dicu pun mula mengemukakan hujahnya. “Yalah cikgu, bila peti sejuk rumah saya rosak.

Macam mana saya nak letakkan pensil warna di dalamnya. Dah tentu tak sejuk nanti. Bila tak sejuk, bagaimana saya nak meletakkan warna sejuk pada gambaran tersebut…”


“Ooo…” Hanya itu yang mampu diungkapkan oleh Cikgu Zurina. Perasaannya kacau-bilau sama ada hendak marah atau hendak ketawa.

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .