30 June 2018

Salam dan Bersalam...

Pascanilai cara bersalaman warga muda kepada warga tua terutamanya kepada ibu saudara dan bapa saudara (boleh bersalam mengikut hukum syarak).

Kategori :
a) Anak-anak kecil (1 - 12 tahun)
Bersalam cium tangan.

b) Awal Remaja (13 - 17 tahun)
Bersalam tangan dibawa ke dahi sendiri. Ada juga yang meletakkan tangan sendiri pada dahi sendiri.

c) Remaja (18 - 20 tahun)
Bersalam cium tangan sendiri.

d) Remaja (21 dan ke atas)
Bersalam macam bersalam dengan kawan-kawan. Endah tak endah saja sebab sudah merasakan diri telah terlampau dewasa dan taraf pun sudah sama. Jadi tidak perlulah hendak hormat sangat. Kadang-kadang langsung tidak pergi berjumpa untuk bersalam. Kenalah warga tua pergi menghadap mereka sendiri.

Berbeza dengan generasi-generasi terdahulu. Dari kecil hingga dewasa tetap konsisten bersalam dengan mencium tangan ibu saudara dan bapa saudara walau pun umur sudah meningkat. Sebab, jika tidak berbuat demikian ibu bapa akan terus "sound" dengan mengatakan kita kurang ajar kepada orang yang lebih tua daripada kita.

Itu belum lagi adab bersalam apabila berjumpa guru-guru dan para alim-ulama.

P/S : Tatacara bersalam ini hanya melibatkan anak saudara dan bapa / ibu saudara yang dibolehkan sahaja. Jangan melanggar hukum syarak hanya disebabkan adat. Masih ada cara-cara lain untuk mempamerkan rasa hormat dan respek kepada warga yang lebih berusia daripada kita.

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .