16 Rabiul Awal 1440H di sebuah kedai runcit orang Aceh.
Mail menuju ke kedai pada malam ini.
Kedua-dua anak perempuannya turut sama mengikutinya. Maklumlah anak
kembar yang berusia 6 tahun itu begitu manja dengan ayahnya. Walau pun
baru sahaja menimang cahaya mata yang baharu tetapi kasih sayang Mail
tetap tercurah kepada anak kembarnya itu.
Tanpa diduga, setibanya
di kedai Mail terjumpa dengan rakan lamanya. Hampir 3 tahun juga mereka
tidak bertemu. Malah semasa majlis perkahwinan rakannya itu pun Mail
tidak berkesempatan untuk menghadirinya.
"Mira... Mila... masuk ke kedai dulu yer. Ambil apa saja barang yang
Mira dan Mila suka. Ayah nak bersembang kejap dengan kawan ayah ni..."
Mira dan Mila terus masuk ke dalam kedai. Seperti orang mengantuk disuapkan pil tidur, mereka memilih sepuas-puasnya. Semua barang itu kemudiannya dilonggokkan di kaunter pembayaran.
Usai berbual dengan rakan lamanya itu. Mail masuk ke dalam kedai untuk membuat pembayaran. Maka terbeliaklah matanya seperti mata ikan lolong sebaik sahaja melihat longgokan barang-barang yang telah dipilih oleh anak kembarnya itu.
"Adusss... abislah duit dalam dompetku malam ini," rungut Mail di dalam hatinya....

No comments:
Post a Comment