03 January 2019

Perokok, rokok, dan 3 meter...

Ramai jadi poyo bila peraturan 3 meter dikeluarkan. Ada yang buat bermcm-mcm lawak utk melahirkan rasa tidak puas hati kerana tidak dapat merokok di dalam kawasan kedai makan. Hingga ada yg membuat aksi menghisap rokok hingga ke tgh jalan. Kut yer pun nk buat lawak kerana sbtg rokok, berpada-padalah. Buatnya ada pemandu yg menjadikan jln tersebut litar lumba. Mau terus tidak dpt menghisap rokok buat selama-lamanya. Lebih malang apabila pengakhiran hayat sdg merokok. Jadi kita tidak blh menyalahkan sekiranya org mengecam perlakuan lawak bodoh sebegini.

Sepatutnya bila mana peraturan yg baik sebegini diadakan, kita bglah sokongan. Perokok mendakwa mereka tidak menganggu pelanggan lain. Mereka tidak pula terfikir bahawa rokok mengeluarkan asap dan ada baunya. Kdg2 ada yg menghembuskan asap sesuka hati walau pun ada kanak2 kecil, wanita, dan mungkin mereka yg mengalami penyakit asma dn sebagainya. Lg pun bknnya tak blh hisap terus. Dh keluar drpd kwsn kedai makan hisaplah sepuas2nya.

Rasanya tpt menghisap rokok yg paling best ialah dlm tandas. Byk idea² baru blh muncul. 

P/S : Teman pun pernah menjadi perokok jg dulu. Masa tu teman tak peduli org sekeliling. Tetapi apabila dah meninggalkan tabiat merokok barulah tau yang perbuatan kita itu, benar-benar membuatkan org sekeliling menjadi gelisah. Tak percaya... berhentilah merokok dan kita akan tau perasan tersebut.

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .