16 April 2020

PKP Hari Ke-30 (Fasa 3)






Ramai di antara kita yang terkejut apabila mendengar betapa banyaknya kenderaan atas jalan raya. Walhal, PKP baru sahaja memasuki fasa yang ke-3. Mungkin sesetengah individu beranggapan PKP telah berakhir. Barang kali masa untuk riang dan ria.

Ada yang keluar satu keluarga...penuh satu kereta. Bergerak ke sana dan ke sini. Apabila dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa mereka melahirkan rasa tidak puas hati. Mereka seolah-olah tidak mendapat info sedangkan telefon pintar sentiasa ditangan. Barangkali hanya telefon sahaja yg pintar, penggunanya... "Emmm, tak tahu nk kata apa...."

Bayangkan jika PKP ini ditamatkan. Kita, umat Islam ni pulak tu masuk ke dalam bulan Ramadhan. Setiap hari kita akan berpusu-pusu ke bazar Ramadhan utk membeli juadah berbuka puasa. Bersesak-sesak dan berhimpit-menghimpit di antara satu sama lain.

Masjid atau surau pula seperti budaya-budaya sebelumnya... dalam 10 mlm pertama sudah tentu akan dipenuhi dgn jemaah. Masjid atau surau pun pada tempoh tersebut seolah-olah perlu diperbesarkan lagi bagi menampung jumlah jemaah yang terlalu ramai. Kemudian masuk fasa ke-2 iaitu 10 hari yang seterusnya, org ramai berpusu-pusu pula ke pusat-pusat membeli-belah. Masuk pula fasa ke-3 iaitu 10 hari yg terakhir, kita akan sibuk dgn pelbagai urusan persiapan hari raya. Sudah pasti... beberapa hari sebelum hari raya Aidilfitri di atas jalan raya akan kelihatan ribuan kenderaan bergerak ke kampung halaman masing-masing termasuklah "aku" sendiri.

Apabila 1 Syawal menjelma, semua akan berkumpul di masjid dan selepas solat sunat hari raya kita akan berkunjung ke sana dan ke sini. Kita akan bersalam-salaman. Bg yg rapat akan berpeluk-pelukan. Bagi perempuan akan ada yang melaga-lagakan hidung dengan rakan-rakan baik. Lelaki pula akan berkongsi-kongsi rokok. Menginggati nostalgia semasa zaman persekolahan dahulu. Curi-curi menghisap rokok di dalam kawasan sekolah. Ayat "power" pada masa itu ialah, "mintak sepam". Maklumlah dah lama tidak berjumpa. Pengalaman pun banyak yang hendak kita kongsikan dengan rakan-rakan. Sambil-sambil itu, kita akan menyentuh itu dan ini. Bab-bab penjagaan diri dan jarak sosial akan terabai.

Selesai urusan di kampung dan kita balik semula ke rumah sendiri. Selama sebulan pula kita akan disibukkan dgn majlis-majlis rumah terbuka. Baik saudara-mara, kawan-kawan atau kroni-kroni. Musuh-musuh (jika ada) memang dia tak akan jemputlah. Amalan kunjung-mengunjungi akan berlaku. Aku pergi ke majlis kamu. Kamu pergi ke majlis-majlis lain. Ke majlis aku mungkin tak ada sebab aku dah lama tak buat majlis rumah terbuka. Bukan tak mampu, cuma dah rasa malas nak berhempas-pulas untuk mengadakannya. Tetapi jika rakan-rakan bersama keluarga ingin datang...dipersilakan. "Kecil tapak tangan, ladang Guthrie aku tadahkan". Pasal juadah, Insyaallah yang terbaik akan dihidangkan kepada para tetamu.

Selesai bulan Syawal. Keadaan akan menjadi sediakala. Tetapi apa pula yang akan berlaku selepas itu?
Cuba bayangkan selama dua bulan iaitu pada bulan Ramadhan dan Syawal, virus itu ber"hari raya" dengan membiak di atas badan manusia. Menjangkiti daripada seseorang kepada seseorang yang lain. Sukar nk digambarkan natijahnya. Bilangan yang postif??? Bak kata Nabil, "lu fikirlah sendiri".
Demi kebaikan semua, kita berhari raya sahajalah pada tahun ini di rumah masing-masing. Suami pandang isteri, isteri pandang anak², anak² pandang ayah. Masing-masing saling pandang-memandang di antara satu sama lain dengan linangan air mata. (Mau tak sedih, aku masih ada ibu bapa dan ibu mertua di kampung). Kita makanlah apa yang ada. Tak dapat ketupat dan lemang, kita makanlah roti gardenia cicah kopi o panas. Kita sekeluarga bertakbir dan bertahmid di dalam rumah masing-masing. Mesti syahdu dan sayu pada masa itukan.

Selepas itu kita buat "video call" utk memohon kemaafan dgn ibu bapa di kampung dan adik-beradik yg lain. Lagi pun dah dapat internet free 1gb selama sebulan.

Begini rupa-rupanya tahun 2020... Wawasan Negara Maju. Sambutan hari raya Aidilfitri begitu luar biasa. Ada ciri-ciri kemodenannya yang tersendiri. 20 tahun yang lalu semasa aku di tingkatan 4, tidak terbayang pun bahawa begini senarionya. Pada masa itu cuma berasa teruja apabila mendengar "Wawasan 2020" yang di"perdendangkan" oleh Perdana Menteri pada ketika itu. Dalam fikiranku, hebatnya kita pada masa tersebut....

🥺🥺🥺🥺🥺

P/S : Sorrylah gunakan bahasa pasar dalam penulisan ini. Jiwa rasa lain macam pulak. Mcm tak stabil seperti biasa....🤭

#covid19
#kitajagakita
#kitapastimenang

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .