Kini "Kawan"
telah selamat berada di kampung halaman di Johor. Rindunya "Kawan" kepada tanah air ni yang menyimpan pelbagai nostalgia, sama ada suka atau pun duka yang datang bertandang silih berganti. Namun semua itu adalah pengalaman yang berharga yang boleh "Kawan" bawa sehingga ke akhir hayat. Rasa kelegaan dapat mengadap wajah ayahanda dan bonda, menyebabkan kepenatan memandu sepanjang hari tidak dirasakan. Rasa kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka apabila melihat kami selamat sampai ke tempat yang dituju.
telah selamat berada di kampung halaman di Johor. Rindunya "Kawan" kepada tanah air ni yang menyimpan pelbagai nostalgia, sama ada suka atau pun duka yang datang bertandang silih berganti. Namun semua itu adalah pengalaman yang berharga yang boleh "Kawan" bawa sehingga ke akhir hayat. Rasa kelegaan dapat mengadap wajah ayahanda dan bonda, menyebabkan kepenatan memandu sepanjang hari tidak dirasakan. Rasa kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka apabila melihat kami selamat sampai ke tempat yang dituju."Kawan" sekeluarga bertolak meninggalkan base station di Klebang Putra sekitar jam 1100, singgah sebentar di Maybank untuk "top-up" Touch & Go agar perjalanan menjadi lancar semasa urusan pembayaran di lebuhraya. Keadaan trafik yang begitu memuaskan memudahkan "Kawan" bergerak keluar meninggalkan Ipoh. Sambil tu sempat juga mendengar lagu "11 Januari" sebagai halwa telinga. Kira-kira jam 1330, "Kawan" sekeluarga berhenti rehat di hentian Seremban untuk menjamu selera memandangkan perut yang sudah mula mendendangkan lagu-lagu merdu.
Jam 1510, kami bergerak menuju ke Senawang dalam keadaan hujan lebat. Sempat jugalah menekan PTT, QSO dengan 9W2ULC (Abg Mahadi) di jaluran NESREC. Namun keadaan hujan yang lebat semasa "Kawan" memasuki jalan menuju ke Kuala Pilah menyebabkan "Kawan" terpaksa QRT untuk menumpukan terhadap pemanduan. Apabila menghampiri pekan Kuala Pilah, tiba-tiba mata ni jadi bertambah berat. Mungkin pertukaran cuaca yang sejuk kerana hujan td, kemudiannya panas apabila melepasi kawasan perkelahan di Ulu Bendul. Sesampainya di Kuala Pilah, "Kawan" berhenti melelapkan mata. Maklumlah sekitar jam 1600 ni memang waktu puncak, waktu di mana tgh syok nak tido...
To be continue...



No comments:
Post a Comment