30 May 2008

Cuti Oh Cuti Part 3...

"Kawan" tersedar kembali 10 minit kemudian, ingatkan dah berada di rumah ayahanda dan bonda..Rupa-rupanya masih berada di Kuala Pilah. Terpaksalah memandu lagi le ni...
Sambil-sambil memandu tu, "Kawan" cuba memanggil mana-mana stesyen di jaluran NESREC, tetapi hampa. "Kawan" kemudiannya QSY ke jaluran PERAMAH yang menggunakan ripeter di Bukit Ibam. Melepasi kawasan Simpang Empat Serting, "Kawan" menerima isyarat daripada rakan. Rupa-rupanya 9W2JRZ (Abg Zali) yang dalam perjalanan balik dari Keratong ke Meru di Selangor. Sambil QSO tu, kami berselisih tetapi tak sempat nak bereyeball. Maklumlah "Kawan" agak laju juga ketika tu. Kami QRT sewaktu "Kawan" semakin menghampiri pekan Muazzam.
Berhenti untuk mengisi minyak ke jellopy dan kemudiannya meneruskan kembali perjalanan ke Endau. Sambil memandu tu siaran radio ERA memainkan lagu Nidji (Jgn Lupakan). Perhhh... tangkap syahdulah jugak, mujur tak terlena semasa memandu. Sambil-sambil tu, "Kawan" moniter di ripeter Bukit Ibam ni, sempat jugalah QSO dengan 9W2TOU (Tok Uban) dan kemudiannya dengan 9W2MZR (Abg Mazru) sehingga ke Rompin.
Syukurlah, akhirnya kami sekeluarga selamat mendarat di Endau, walau pun menghampiri waktu Maghrib...
P/S : "....Tulislah selalu...bukankah kehilangan akan menjuakkan rindu..."

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .