Syukurlah... Akhirnya "Kawan" selamat kembali ke Ipoh tepat 2015H setelah hampir 8 jam memandu dari kampung halaman di Endau. Bergerak meninggalkan rumah ayahanda dan bonda sekitar jam 1200H, agak tengah hari juga perjalanan "Kawan" hari ini. Sempat juga QSO dengan 9W2TOU (Tok Uban) dan XYLnya iaitu 9W2BTU (Kak Miah) apabila melalui kawasan Rompin di simplex V20. Terima kasih diucapkan kepada Kak Miah yang sudi menemankan "Kawan" sehingga ke laluan menuju ke Bera dgn menggunakan ripeter PERAMAH di Bukit Ibam.
Hari ini, "Kawan" memilih laluan mengikuti Bera dari Lebuhraya Segamat-Kuantan terus menuju ke Temerloh. Sambil-sambil itu, mencuba juga memanggil rakan-rakan di simplex
V20 apabila memasuki kawasan Kerayong. Hanya sempat QSO dengan 9W2TDO (Abg Khalil). Jarak yang semakin jauh menyebabkan QSO kami terputus. "Kawan" sekeluarga tiba di Temerloh sekitar jam 1430H dan terus menjamu selera di sana. Sempat jugalah pekena gulai tempoyak ikan patin yang sememangnya menjadi pilihan "Kawan" setiap kali singgah di bandar ikan patin ini.

Selepas itu, kami meneruskan kembali perjalanan menuju ke Ipoh. Sebelum tiba di Genting Sempah, "Kawan" sempat mencapai ripeter ASTRA di Genting. Kali ini QSO pulak dengan 9W2MFN (Abg Faizal), 9W2CDX (Abg Sidek) dan 9W2OCC (Abg Sham). "Kawan" terpaksa QRT, setelah mula mendaki ke Genting yang memerlukan "Kawan" memberikan penumpuan sepenuhnya terhadap pemanduan. Berhenti utk menunaikan "apa yang terhutang", dan selepas itu kembali meneruskan perjalanan menuju ke Kuala Kubu. Di sepanjang perjalanan menuruni bukit tersebut, kami melihat kenderaan bomba dan juga org ramai berhenti untuk melihat sesuatu. Tidak dapat pula dipastikan pula, apakah kejadian yang telah berlaku.
Kami tiba di pekan Kuala Kubu sekitar jam 1845H, meneruskan perjalanan sehingga ke Tanjung Malim melalui jalan lama dan kemudiannya terus ke Ipoh , melalui Lebuhraya Utara Selatan. Namun kami sekeluarga sebenarnya belum lagi sampai di base station di Klebang Putra. Kami sekeluarga diajak bermalam pula di rumah kakak ipar "Kawan" yang berada di Taman Perpaduan. Memandangkan ada tetamu dari Kuala Lumpur yang datang berkunjung ke rumahnya, "Kawan" terpaksa akur dengan kehendak XYL yang ingin bermalam di sana bersama-sama dengan kakak-kakaknya...
p/s : "Nasib...Oh...Nasib...Kena Lagilah "aku" malam ni..."
No comments:
Post a Comment