02 June 2008

Cuti Oh Cuti Part 5...

"Kawan" bangun sekitar jam 1000H, hari ni. Sebenarnya "Kawan" dah bangun sekitar 0615, "start" jellopy "Kawan" dan selapas itu bergerak balik ke base station bersama-sama XYL dan harmonic-harmonic. Maklmumlah semalam "Kawan" satu family tidur di rumah kakak ipar di Taman Perpaduan. Slps menunaikan "Yang Wajib", "Kawan" mencapai bantal-bantal yang telah lama ditinggalkan. Tetapi sebelum itu, sempat jugalah melihat mesej di YM "Kawan" dan selepas itu... "Kawan" tak sedar apa-apa dah, lena dan terus lena ditemani pelbagai memori yang tidak pernah padam-padam dari ingatan...

Aktiviti hari ini pada mulanya tidaklah beberapa padat, pergi mencuci kereta, membeli "lauk tunjuk" dan selepas itu bergerak balik ke base station. Tetapi di pertengahan jalan, XYL meminta "Kawan" membelikan mee rebus kerana "Kakak Ipar" dan "Biras" ingin siggah di base station. Maka aktiviti pencarian "Kawan" pun bermula. Memburu mee rebuslah jawabnya ni... "Kawan" mencuba juga memanggil rakan-rakan di Simplex VEE99, tetapi agak lengang hari ini. Sampai di base station, "Kawan" terus membuka PC dan internet, menulis dan update apa-apa yang patut. Sambil tu "Kawan" melihat gambar-gambar yang sempat diambil semasa di kampung. Nampak pelikkan, tetapi menyimpan pelbagai memori-memori indah. Lihatlah sendiri...

P/S : “…Janganlah bercinta dengan orang yang kita cinta....tetapi bercintalah dengan orang yang mencintai kita...kerana itu akan membuatkan kita lebih bahagia….”

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .