18 June 2008

Pre-RAE 1/2008

RAE 1 bagi tahun 2008 semakin hampir, yang pastinya rakan-rakan SWAL mulai nak "berpeluh jantan". Manakan tidak, tarikh keramat yang dijadualkan pada 24 Julai semakin menghampiri. Kali ini, rakan SWAL di zon utara ini akan menyerbu ke USM Transkrian utk menduduki RAE. Pada waktu2 beginilah, buku2 yang ada dalam simpanan akan ditagih khidmatnya. Berbagai2 buku tentang Radio Amatur telah diperolehi menyebabkan kita kadangkala kebingungan untuk memilih bahan bacaan yang mana dulu ingin dicapai. Suasana peperiksaan yang telah lama ditinggalkan begitu "meruntum kalbu". Utk menghadapi exam ini, calon perlu berkurung di dlm dewan selama 3 jam dan kemudiannya menjawab 100 soalan sama ada dlm Bahasa Melayu mahu pun Bahasa Inggeris.
Senang atau susah? Bagi "Kawan", tepuk dada tanya selera. Semuanya terpulang kpd diri kita sendiri. "Kawan" sendiri pun 2 kali menduduki exam ni. Kali pertama, kandas disebabkan kurangnya persediaan (over confident sangat... "Padan Muka Aku"), tapi kali ke-2 "Kawan" memperkemaskan kembali kekurangan sebelumnya. Hasilnya "Kawan" dpt melepasi halangan ini. Perkara paling penting ialah kita perlu "study", fahamkan apa itu SOP dan pengetahuan dalam bidang Technical. Latihan menjawab kembali soalan2 juga perlu agar kita dapat membiasakan diri dengan lengok2 soalan RAE. Apabila sudah berusaha, berdoa dan bertawakallah agar kita dpt lulus dengan jayanya.
Selamat mengulangkaji kepada semua rakan SWAL di mana jua anda berada...
Adios...

4 comments:

Anonymous said...

salam...
kawan pon macam awak jugak ,amik rae smp 2 kali..1st byr terus amik exam...x baca or pg klas rae..2nd tu baru la pg n lulus .

Pijul said...

Hihihi... ada juga geng yg senasib dgn "kawan" yek..

Mie_aplus said...

assalamualikum
sy berminat nk ambil RAE nie.. tapi tak mane mana nk cari sapa2 yg ada wat klas persediaan

9w2cre said...

Kepada rakan-rakan yg ingin cuba menjawab contoh soalah RAE secara online kunjungi www.prerae.sphamradio.com. Selamat menduduki RAE semoga berjaya. 73

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .