Fuhyoo... Lega rasanya setelah selesai Latihan Komunikasi di Cemeron Highland. Latihan bermula pada 17 - 20 Julai 2008 bertempat di Kem Slim di Tanah Rata dan di Kem Brincang. Pasukan telah dibahagikan kepada 3 detechment (3 station). 2 Detechment di Kem Slim, manakala 1 lagi di Kem Brincang. Komunikasi bermula pada jam 0900H pd hari Jumaat dan berakhir pada jam 1630H pada hari Sabtu. Sepatutnya komunikasi bermula pd petang Khamis, tp terpaksa ditunda kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
Pemandangan dari atas bukit Kem Slim di Tanah Rata.
Set PRM4700A untuk VHF dan set TRC540 untuk HF yang digunakan semasa latihan ini. Frekuansi terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Prosedur percakapannya agak berbeza, lebih formal sebab banyak penghantaran dan penerimaan berita. Santai-santai tidak dibenarkan.
Proses menaikkan PU Tent, yang digunakan sebagai tiang antena. setinggi 30 kaki. Lebih kurang mcm teleskopik cuma lebih besar. Kena julurkan antena tersebut dulu. Berpeluh jugak le ketiak dibuatnya.
1 comment:
antenna ni le yg slalu depa naikkan di kawasan kem wardieburn..training rupenya...
Post a Comment