Last day UPSR, murid-murid kelihatan semakin ceria. Wajah orang hendak "Merdeka". Maklumlah sudah 8 bulan terbelenggu dengan pelbagai program seperti kelas tambahan, menjawab set-set latihan, program motivasi dan bengkel-bengkel menjawab soalan. Kalau orang dewasa pun mahu "tension gila" dibuatnya. Padat sangat-sangat... Kini adalah masanya untuk mengecapi sedikit kelegaan sebelum kegelisahan yang bakal menjelma semula saat keputusan diumumkan nanti.
Bagi "Kawan" amanah dan tanggungjawab sebagai Pengawas UPSR telah selesai dilaksanakan. Semasa portable di sekolah ini, "Kawan" sempat QSO dengan rakan-rakan menggunakan repiter 9M4RIP (PARTS). Selain itu, dapat juga memantau melalui repiter ASTRA di Larut. Tapi "Kawan" QSO semasa waktu rehat dan bukannya semasa murid menjawab soalan. Apa pun tugas "Kawan" telah pun selesai, jika ada rezeki tahun depanlah pula...
P/S : Debaran murid lambat lagi tapi bagi guru-guru, debaran telah bermula. Risau jika target tidak dapat dicapai dan keputusan menurun.
1 comment:
Zaman saya dulu exam darjah 5, dapat 5B boleh masuk asmara, eh asrama, sekarang 4A pun sukar, kalau ada cable ok la, tak tau la anak2 kita nanti,anak kawan A pun x de, macam ibunya dulu, masa sekolah rendah teruk, bila sekolah menengah terbaik SRP, kawan lak masa sekolah rendah ok, sekolah menengah kurang, bukan teruk sangat, dapat juga masuk UPM.. Teruskan usaha, TQ 9W2SOJ, 73
Post a Comment