23 October 2008

Info Terkini Tentang 9M2RS....

"Kawan" sempat QSO dengan 9W2DRA (Dr Amir) di ripeter 9M4RCH (Marts Linked Gunung Brincang) sekitar 2050H semasa mobile di bandaraya Ipoh. Kebetulan mendengar audio beliau, "Kawan" lantas mencapai PTT dan membalas panggilan tersebut. Melalui QSO, Dr Amir memaklumkan tentang keadaan bapa saudara beliau (9M2RS - Pak Rashid) yang akan menjalani pembedahan pintasan jantung di Ampang Puteri Medical Centre pada keesoakan harinya (Jumaat). Di kesempatan ini bersama-samalah kita berdoa agar pembedahan tersebut berjaya dan Pak Rashid kembali sembuh seperti sediakala. Insyaallah...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .