23 October 2008

QSO Dengan Orang Kampung ...

Sempat juga QSO dengan orang kampung "Kawan" iaitu 9W2EXT (Abang Azahari) di repiter 9M4RCH. Mulanya "Kawan" kurang mengenali beliau. Tertanya-tanya juga bagaimana beliau boleh mengetahui nama "Kawan" sebab rasanya QSO dengan Abg Azahari belum pernah lagi sama ada di simplex mahu pun repiter. Cuma "Kawan" begitu pasti pernah melihat callsign ini tetapi di mana yer... Setelah beberapa over barulah "Kawan" perasaan bahawa Abg Azahari adalah org kampung "Kawan" yang pernah bertandang ke blog ini. Lega rasanya kerana dapat QSO dengan beliau di udara. Jika berkesempatan dan diizinkan Allah, suatu hari nanti boleh bertemu di daratan pula. Mana tahu mungkin di kampung halaman sendiri...

P/S : No 55 Abg Azahari, "Kawan" dah save. Mungkin kita boleh bersama-sama mempopularkan radio amatur di kampung halaman kita di sana...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .