Setakat ini "Kawan" telah mencuba laluan ini yang merupakan laluan untuk "Kawan" berkayuh pada setiap petang. Semuanya bergantung kepada keadaan cuaca dan kelapangan masa. Di Ipoh, buat masa sekarang setiap petang membawa kemalam hujan akan turun membasahi bumi. Hal yang demikian menyebabkan kayuhan sebelah petang ini pun hanya dapat dilakukan seminggu sekali. Laluan yang "Kawan" bicarakan ini bermula daripada base station "Kawan" di Klebang Putra melalui Chemor kemudian melalui jalan Chemor - Jelapang sebelum "Kawan" membelok ke kiri di Taman Ipoh Raya yang kemudiannya terus ke Kg Chepor Dalam, Kg Tersusun Klebang, Taman Bertuah dan berakhir di base station "Kawan". Laluan sejauh 20km, mengambil masa lebih kurang 50 minit dengan purata kelajuan sebanyak 23.5km/j. Laluan yang mendatar dan sesuai untuk "beginner" macam "Kawan". Kelajuan tertinggi yang boleh "Kawan" catatkan ialah 37 km/j. Terdapat satu lagi laluan yang ingin "Kawan" cuba cuma keadaan belum mengizinkan lagi. Laluan yang dijangka sejauh 30km dan sememangnya sungguh mencabar dengan beberapa kawasan pendakian yang boleh memutuskan "urat kentut". Nak tahu... Tunggu...
P/S : Kena le juga kayuh-kayuh selalu agar tak "pancit". Nanti nak "ligan" rakan-rakan lain tak boleh pulak...




No comments:
Post a Comment