27 October 2008

Memang Memecahkan Otot Sungguh !!!

Sejarah tercipta lagi apabila sekumpulan "rider" berhati waja sanggup menyusahkan diri untuk berkayuh bagi mencapai misi menakluki Pos Slim. 9M2NNL, 9W2RKM, 9W2DFA, 9W2NDB, SWAL Zahudi dan "Kawan" sendiri membulatkan tekad untuk berkayuh di laluan Simpang Pulai ke Cemeron Highland bagi memastikan impian tersebut tercapai. Berbekal "handy" yang dilengkapi "handfree" bagi memudahkan komunikasi, kami memulakan kayuhan sekitar jam 0745H. Walaupun dikira agak lewat, namun setiap "rider" bersemangat dan sanggup untuk menghadapi setiap cabaran yang bakal mendatang. Di pertengahan jalan, kami berjumpa dengan Pak Abu, otai dalam sukan berbasikal di Ipoh. Walau pun telah berusia 59 tahun, tenaga yang dimiliki oleh Pak Abu sememangnya mengagumkan sehinggakan "Kawan" sendiri ditinggalkan oleh beliau semasa kayuhan mendaki bermula. Setelah mengayuh sejauh 17km dengan laluan berbukit yang menjadi cabaran utama, akhirnya kami berjaya tiba di check point terakhir. Sesuatu yang merupakan kejayaan terbesar kepada kami setakat ini.

Ustaz Najdi sedang mengorek rahsia daripada Pak Abu tentang teknik-teknik kayuhan yang dimiliki oleh beliau.


Berehat dahulu di check point pertama untuk mengumpulkan tenaga bagi meneruskan kayuhan seterusnya yang semakin mencabar

Akhirnya setelah berhempas-pulas sehingga mengeluarkan berliter-liter gelen peluh, kami berjaya tiba di check point terakhir.

Bukti penting dimana para pengayuh mendapatkan bekalan minuman bagi membasahkan tekak yang telah kekeringan

Pak Nasir (atas) dan Pak Zahudi (bawah) sedang berposing sakan bagi merakamkan detik-detik bersejarah menandah air bukit.

Pak Abu dan Abang Nizam yang merupakan para "rider" yang berhati waja. Semangat mereka mengalahkan semangat para pelumba profesional di "Le Tour De Langkawi". Untuk mendapatkan mereka, terpaksa "Kawan" menggunakan kuasa turbo, itu pun tetap tak kesampaian.

Abang Rakimi sedang menandah air di suatu lokasi rahsia yang ditunjukkan oleh Pak Abu. Kualiti airnya sungguh bermutu. Khabarnya air tadahan itu telah dibuat oleh Syarikat Korea semasa projek laluan Simpang Pulai - Cemeron Highland. Ianya untuk memudahkan para pekerja mereka mendapatkan bekalan air bersih.

Inilah rahsia kekuatan Pak Abu, speda homebrew yang dimiliki oleh beliau sudah tentu membuatkan "Kawan" teruja. Tak sangka dalam usia sebegitu, Pak Abu masih mampu mengayuh, sesuatu semangat yang kurang dimiliki oleh kita semua. Semangat seorang "rider" otai...


Senario yang menyakitkan mata dan hati bagaimana sikap warga kita yang sanggup mencemarkan alam. Susah sangat agaknya nak membuang sampah ke tempat yang sepatutnya. Agak-agaknya bilalah sikap ini hendak berubah di hati kita. Sayangilah Alam Kita...

P/S : Moral utama ialah "Jangan Mudah Berputus Asa". Semangat "Agi Idup Agi Ngelaban" perlu ada untuk mengapai sebuah impain.

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .