11 November 2008

Giliran SPM Pula...


SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia telah bermula pada hari ini (11 Nov) dan dijadualkan akan berakhir pada 5 Disember. Kali ini "Kawan" berpeluang untuk menjadi Pengawas Peperiksaan SPM di SMK Dato' Haji Mohd Taib, Chemor. Pelbagai gelagat dapat dilihat sepanjang hari pertama peperiksaan. Ada yang dapat menjawab soalan dengan lancar dan tenang, manakala terdapat juga yang tersangkut-sangkut bagaikan enjin jellopy yang hampir kehabisan petrol. Semuanya bergantung kepada tahap persediaan dan perancangan yang telah dibuat oleh para pelajar sendiri. Jika keputusannya membanggakan bermakna peluang untuk meneruskan pembelajaran terbuka luas. Tetapi jika sebaliknya bermakna para pelajar terpaksalah memikirkan peluang lain yang boleh menjamin masa depan. Seharusnya ujian getir ini perlu dihadapi dengan tabah dan penuh keyakinan...

P/S : SMK Dato' Haji Mohd Taib merupakan saltmine kepada 9W2GUN (Cikgu Guna). Setakat petang tadi, "Kawan" belum berkesempatan bertemu dengan beliau. Mungkin dilain waktu agaknya.

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .