Berdasarkan semakan pada kad pengenalan para pelajar yang menduduki SPM 08 di tempat "Kawan" bertugas, rupa-rupanya mereka lahir pada tahun 1991. Tahun yang mana "Kawan" berada dalam tingkatan 5 dan kemudiannya menduduki SPM pada bulan Oktober. Tanpa sedar rupa-rupanya sudah 17 tahun "Kawan" meninggalkan Sekolah Menengah Ungku Husin, di sanalah tempatnya "Kawan" menimba ilmu di peringkat menengah. Tempat di mana "Kawan" mengenali rakan-rakan yang sekarang terpisah tanpa khabar berita. Di situlah juga "Kawan" mula mencari-cari identiti dalam menempuh kehidupan alam remaja. Rasanya jika "Kawan" berjaya menjumpai mesin merentas masa, ingin sekali kembali ke zaman tersebut. Zaman penuh dengan keindahan dan tidak kurang juga banyak pancarobanya. Sekurang-kurangnya dapat jugalah memperbetulkan beberapa kesilapan lalu. Hihihi...
P/S : Best juga yer zaman sekolah menengah nie jika dikenang-kenangkan semula. Belajar boleh... main pun boleh... yang paling penting dapat mengorat pelajar perempuan dan selepas tu kena marah...Memang best dapat menyakat orang nie.. Satu lagi yang bestnya bila mak dan abah tak tahu, kita nie suka menyakat anak orang. Ampun banyak-banyak mak dan abah...
No comments:
Post a Comment