Semalam, para pelajar SPM08 telah pun selesai menduduki kertas mata pelajaran Sejarah (Kod Kertas : 1249/1 dan 1249/2). Tahniah kepada para pelajar yang dapat menjawab manakala sekalung takziah kepada yang tercunggap-cunggap untuk menyelesaikan soalan itu. Apa yang dikesalkan ialah bagaimana para pelajar yang sepatutnya arif kepada sejarah negara sendiri turut gagal untuk menjawabnya dengan baik. Pengetahuan asas mereka terhadap sejarah negara begitu lemah dan mengecewakan. Sehingga ada yang memberikan jawapan yang merapu dan tidak masuk akal. Jika beginilah keadaannya, sudah pastilah generasi yang akan datang akan mengalami sindrom "Buta Sejarah". Keadaan ini seharusnya dielakkan kerana sejarah memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sesuatu peradaban bangsa dan negara. Sejarah menyedarkan kita akan asal-usul dan siapa kita yang sebenarnya. Jadi tiadalah kita mendabik dada dengan mengatakan kita ini terlalu hebat sedangkan kita hanyalah seekor serangga di dalam sebuah rimba...
13 November 2008
Sejarah Peringkat SPM...
P/S : Rasanya saranan pihak Kementerian Pelajaran untuk memperkenalkan subjek sejarah di peringkat sekolah rendah adalah molek sangat-sangat. Jika boleh dipercepatkan perlaksanaannya kerana bebudak kita nie semakin miskin dengan pengetahuan sejarah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Siapa Aku...
SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN
Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .
Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .
Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .
Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .
Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .
Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...
Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...
Wassalam ... Adios ... Amigos ...
Pijul,
Pijul,
Ipoh , Perak .
1 comment:
Bro,tahun 91 tahun tnm anngur tu thn menganggur , zaman meleset..Sejarah kena tahu gak...heee
Post a Comment