17 November 2008

Green Light...

Kelulusan telah diperolehi oleh bos "SPM" "Kawan". Bermakna pada Rabu ini, "Kawan" boleh bersama-sama rakan-rakan menyertai aktiviti berbasikal yang akan bermula dari Bandar Diraja Kuala Kangsar hingga ke Pengkalan Hulu. Mujur jugalah pada minggu ini, tidak ramai calon yang terlibat dengan kertas-kertas peperiksaan. Jika tidak, sudah permintaan "Kawan" akan dibekukan. Semoga kami tidak menghadapi sebarang masalah agar program ini berjaya dan masing-masing tiba ke destinasi terakhir...

P/S : Kali pertama ke Pengkalan Hulu, bagaimanalah agaknya permandangan di sana. Keadaan laluannya pun "Kawan" tidak berapa arif. Tapi khabarnya terdapat lalauan berbukit-bukit yang pastinya akan membuatkan jantung berdegup pantas. Semoga dapat juga bertemu dengan rakan HAMs di sana dan semasa di perjalanan...

1 comment:

krskintaselatan said...

Selamat Berkayuh, didoakan selamat pergi dan balik...

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .