24 November 2008

Misi Selesai...

Penat? Letih? Sengal? Sakit? Nak Pitam?

Itulah pengalaman yang dialami oleh para peserta kayuhan Kuala Kangsar - Pengkalan Hulu - Kuala Kangsar. Kayuhan jarak jauh yang benar-benar menguji ketabahan dan ketahanan para peserta. Terdapat lebih kurang 15 rakan guru yang bercallsign antaranya ialah 9W2DFA, 9W2JPN, 9W2SOJ, 9W2ACB, dan 9W2WSA serta dua rakan otai dalam dunia radio amatur iaitu 9M2NNL dan 9W2YR telah turut sama berkayuh. Pak Yob dengan basikal uniknya benar-benar mencuri tumpuan sama ada di kalangan para peserta mahu pun mereka yang melihatnya di perjalanan. Prestasinya mengalahkan "speda-speda" yang sedia ada, almaklumlah harganya pun menjangkau sehingga ke RM4K. Kiranya Pak Yob bolehlah diiktiraf sebagai jaguh laluan rata kerana beliau mendahului dan orang pertama yang tiba di Lenggong.




P/S : Sempat ke HS9 keesokan harinya. Barang-barang radio tak banyak, cuma "Kawan" berminat dengan antena jellopy 5.1db. Jumaat nie jika turun ke sana lagi, "Kawan" akan sambar satu...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .