16 November 2008

Pra Kayuhan Kuala Kangsar - Pengkalan Hulu...

Setakat hari ini, rakan-rakan guru yang akan menyertai jelajah berbasikal ke Pengkalan Hulu sudah mula turun berlatih bagi membiasakan diri dengan basikal masing-masing. Antara mereka seperti 9W2SOJ, 9W2ACB, 9W2JPN dan 9W2WSA telah mula menguatkan otot bagi memastikan jelajah berbasikal tersebut berjaya. Pagi tadi "Kawan" sempat mencuba laluan baru setelah beberapa kali tidak berkesempatan untuk mengujinya. Laluan tersebut adalah Klebang Putra - Chemor - Tanjung Rambutan - Kg. Tersusun Bercham - Tasik - Klebang Putra. Terdapat beberapa laluan berbukit yang sudah pastinya mendera fizkal dan mental. Fakta yang "Kawan" perolehi setelah kayuhan tersebut berakhir ialah :
  • Jarak : 30 km
  • Masa : 1 Jam dan 26:33
  • Purata Kayuhan : 20.3km/j
  • Max Pecutan : 38.7 km/j
Rumusan yang "Kawan" dapati ialah jika laluan sejauh 30km mengamil masa lebih kurang 1 jam 26 minit. Maka kayuhan ke Pengkalan Hulu yang sejauh 150km itu mungkin akan memakan masa selama 7 - 8 jam. Bermakna jika tiada sebarang halangan sama ada daripada segi cuaca mahu pun ketahanan badan, kami boleh sampai ke sana sebelum 6 petang. Apa pun ini merupakan pengiraan secara matematik, keadaan mungkin berlainan apabila kita semua sudah berada di atas treknya nanti...

P/S : Sesuatu itu seolah-olah nampak mustahil andainya kita berfikiran negatif. Tapi jika kita berfikiran positif dan bersikap "Yakin Boleh", Insyaallah sesuatu yang mustahil akan menjadi kenyataan. Apa pun "Kawan" akan tetap kayuh. Sampai ke tak sampai, bukan matlamatnya. Jika tak sampai pun hilux ada untuk membawa "Kawan" sampai ke destinasinya. Yang pentingnya sampai juga, walaupun berkayuh di atas hilux. Hihihi...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .