24 November 2008

Jangan tersilap masuk dah le...

Perkongsian Maklumat...

Gerai Nasi Ayam GOH BENG SIM di R&R Tapah - Orang Islam Tak Kisah atau Tertipu

"Hari Ahad 3 November aku, isteri dan Amalia Huda (anak) singgah di R & R Tapah dalam perjalanan balik dari Taiping untuk menunaikan solat dan mungkin menjamah sesuatu. Dipendekkan cerita selepas solat kami pun menuju ke kawasan gerai makanan. Boleh tahan ramainya orang walaupun bukan dalam cuti umum. Susah juga nak cari meja kosong. Cari punya cari dapatlah satu meja 6 kerusi. Kami 3 orang, ada orang nak kongsi kami alu-alukan.

Sambil menunggu isteri & anak membeli makanan, aku tiba-tiba mata aku tertumpu pada Gerai nasi ayam EXPRESS STALL yang betul-betul berdepan dengan temput duduk aku. Lelaki yang di bahagian depan yang menguruskan pesanan dan pembayaran kelihatan macam orang melayu tapi pakai rantai. Melayu kut. Melayu pun ramai yang pakai rantai leher. Aku teringat dulu ada gerai nasi ayam cina (ikut nama yang tertulis kat "signboard") yang aku nyaris-nyaris terbeli nasi ayamnya.Mata aku terus tertumpu kepada signboard gerai tu. "GOH BENG SIM" Nama "owner" agaknya. Nama Gerai "Express Stall". Bila aku lihat ke dalam gerai aku lihat tukang masak dan yang bekerja semua macam cina. Cuma mereka ni berpakaian seragam yang sopan dengan kupiah tutup kepala berwarna putih. Secara sepontan boleh membuatkan fikiran kita kata cina muslim agaknya. Tapi nama tuan punya "GOH BENG SIM" menyebabkan aku berpendapat gerai ini adalah kepunyaan orang cina. Dua tanda halal di papan tanda mengesahkan lagi. Kerana biasanya gerai orang melayu tak meletak tanda halal di gerainya.

Apa yang ingin aku ketengahkan ini bukan soal perkauman. Aku sebagai seorang muslim memang takkan makan makanan masakan orang bukan muslim. Walaupun ada sebilangan orang melayu yang tak kisah, aku rasa ramai yang takkan makan kalau jelas Nasi Ayam tu "Non Muslim" yang masak. Tapi aku lihat ramai juga orang islam yang makan digerai tersebut. Yang bertudung, yang berkupiah putih, pak aji mak aji.Yang menambahkan geram aku tu bila lihat orang cina yang bekerja di gerai tersebut bekerja dengan gaya tertunduk-tunduk seolah-olah nak mengelakkan orang mengecam mereka dan mereka tidak akan bersuara kecuali lelaki muda yang kelihatan seperti melayu. Sempat juga aku memberitahu 2,3 orang adik-adik yang kelihatan hendak membeli di gerai tersebut. Apabila diberitahu mereka kata "nasib baik". Memang mereka tak perasan.Soalnya sekarang salah siapa? Adakah PLUS harus memainkan peranan supaya pengguna Islam tak tertipu atau kita sendiri sebagai pengguna harus berhati-hati dalam memilih gerai. Aku pernah terkena sekali di Gerai Nasi Ayam kat Giant Batu 3, Shah Alam. Bila dah habis makan baru perasan. Rasa nak muntah pun ada. Aku sertakan juga gambar untuk tatapan korang."










P/S : Dipetik daripada e-mail yang dihantar oleh seorang rakan kepada "Kawan". Bukan untuk mensabotaj cuma sekadar mengingatkan rakan seagama agar tidak tersilap pandang.

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .