14 November 2008

Surat Dah Sampai Dah...

Surat untuk aktiviti berbasikal telah pun sampai di saltmine "Kawan" petang tadi. Surat panggilan daripada Unit Ko-Kurikulum Jabatan Pelajar Perak itu menyatakan bahawa aktiviti tersebut akan bermula pada 18 dan berakhir pada 21 November. Laluannya dari Kuala Kangsar - Lenggong - Gerik - Pengkalan Hulu. Seramai lebih kurang 25 orang rakan guru yang akan turut berkayuh dan sudah semestinya mereka ini mempunyai callsign. Kali ini memang mencabar sungguh, manakan tidak jarak kayuhan dianggarkan sejauh 150 km untuk satu hala. Kemudian keesokan harinya, kena pula berkayuh semula ke Kuala Kangsar. Bermakna dalam dua hari kami akan berkayuh sejauh 300 km, selain itu terpaksa pula berhadapan dengan keadaan muka bumi dan cuaca yang dijangka panas membahang. Ketahanan pasti akan teruji sama ada fizikal mahu pun mental. Mampukah "Kawan"...???

P/S : Minggu depan nak tunjukkan surat kat bos SPM "Kawan". Kalau green light, "Kawan" turut serta tapi kalau sebaliknya "Kawan" kenalah duduk kat Ipoh diam-diam. Nak buat macam mana dah bekerja dgn Lembaga...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .