20 February 2009

YL yang Menjual Radio Amatur...




Di Plaza Low Yatt, Kuala Lumpur terdapat seorang YL yang menjual peralatan-peralatan radio amatur. "Kawan" cuba untuk merakamkan gambar beliau, tapi dia enggan. Kalau tidak bolehlah menjadi tatapan di sini agar dikenali oleh rakan-rakan lain. Beliau menggunakan callsign 9W2ZDL dengan nama sebenar .... (kena cari sendiri, check kat my callsign)
P/S : Bagus juga kalau ada ramai penjual peralatan radio amatur nie. Sekurang-kurangnya adalah persaingan. Tiadalah monopoli oleh sesetangah pihak jer. Harga tentulah pelbagai, kecuali kalau masing-masing dah buat MOU...

6 comments:

Ahmad Baihaqi said...

sy prnah pg kdai rakan ham ni.. actually di lowyat ada 3 kedai yg jual radio set.. 1 kedai 9w2zdl, 1 lg kdai AMS Multi Supply dan 1 lg kdai yg xde signboard... hrga diorg mahal, melainkan ckgu bleh bckap mandarin/ kantonis untk kowtim dgn diorg. lowyat lbih famous dgn FRS walkie talkie sbnrnya. tonto, peniaga cd pirate n apape yg memerlukan walkie talkie akn cari motorola pnya model (motorola talkabout) ataupun kenwood (vhf), sebenarnya ramai yg jual radio ni, tp mjd masalah jgk bila penjual ni mjual pd mereka yg x btauliah atau kompeten utk kendalikan radio. dkt jalan pasar/ jalan pudu sbnrnya lebih byk kedai2 mjual radio set. carilah apapun, connector, cable, pcb board, smua ada, jalan pasar lebih murah sbnrnya. rakan2 ham yg mjual set radio pun cari mkan, kita x bleh salahkan diorg klu diorg markup harga. pokok pgkal pd kita yg bijak memilih

Anonymous said...

Pada pendapat saya tak semua brg yang dijual adalah yg asli. Kemungkinan apabila dibeli akan mengalami kerosakan.
TQ...

Anonymous said...

salam contect perdana dari saya...
hari ni berpeluh jugak nak cari kedai 9w2zdl..
kedai die betul2 tersorok kat blakang..
klu naik tingkat 1 plaza low yat, kene cari kedai YL jual barang2 radio amatuer ni dgn sabar...

Anonymous said...

Salam..tlg bg alamat kedai..nak cari set radio..

Unknown said...

Mana boleh dapat morse key .saya lama mencari.jika ada sesiapa tahu mana kedai nya whatsapp saya 0164201358..di lazada tiada stock.saya memerlukan morse key.

d'berra petanque said...

Bateri yaesu vx170 ada tak

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .