22 March 2009

Salah Juga ke...???

Tengah hari tadi, "Kawan" QSO di salah sebuah repiter yang boleh dicapai di Ipoh. Perbualan tentang hasrat biras "Kawan" yang ingin membeli sebuah rig baru, memandangkan rig yang sedia ada perlu dibaik pulih pada kadar yang segera. Tiada pun menyentuh pihak-pihak yang terlibat dalam urusan jual-beli peralatan ini.Biras "kawan" pun perlukan peralatan tersebut dengan segera dan sekirannya ada, beliau boleh singgah dalam perjalanan balik ke wilayah tengah.
 
Dalam pada itu ada pula sorang rakan lain yang moniter, menyampaikan kepada "Kawan" ada seseorang telah menghantar sms kepada beliau. Menurut sms yang dikirim oleh penghantar (penyibuk) yang tidak dikenali itu, "Kawan" tak boleh berbicara tentang hal tersebut dijaluran. Agak pelik juga di benak "Kawan" memandangkan apa yang "Kawan" perbincangkan adalah berkaitan dengan peralatan radio dan bukannya memperkatakan tentang hal-hal yang bukan berkaitan dengan radio amatur. Sedangkan sebelum ini, sama ada di ripeter atau pun simplex terdapat juga rakan-rakan yang QSO tentang pembelian sesuatu barang. Malahan kadangkala tidak menyentuh langsung tentang radio amatur. Tapi tiada siapa yang berani membuat teguran. Agaknya dia takut atau "memilih bulu" dalam membuat teguran.
 
Memanglah di radio amatur, kita dibolehkan dan dibenarkan membuat teguran, tapi biarlah teguran tersebut berasas. Janganlah kerana kemaruk hendak menegur, kita main hentam kromo sahaja. Paling sedih, apabila yang membuat teguran bersikap "Baling Batu Sembunyi Tangan", langsung tidak profesional walau pun hanya sebagai seorang amatur.
 
P/S : Kepada rakan yang menghantar sms tersebut kepada rakan "Kawan" tu, harap-harap menghubungi teman di 0193842994. Bukan untuk bertelagah dengan anda cuma sekadar ingin bertukar-tukar pendapat perihal di antara yang "boleh dan tidak" dalam sesuatu QSO di jaluran radio amatur.


Chat online and in real-time with friends and family! Windows Live Messenger

4 comments:

Anonymous said...

SAbor yop, maaf x dpt pi. tman pi kedahbawa OT... kita teruskan aktiviti spt biasa.. ari ni naik atas, ikut SLJ repair repeater..9WSOJ

Anonymous said...

dalam dunia radio ni macam2 orang ada.. ada yang nak nunjuk pandai.. ada yang suka mengajar orang, ada yang berlagak, ada yang suka buat tak tahu je, ada yang suka usik orang, ada yang pandai tapi buat tak tahu, ada macam-macam lah.. tapi yang penting,.. Allah bagi kita dan mereka akal ... so yang membezakan kita dan mereka ialah, macam mana kita dan mereka menggunakan akal yang dikurniakan oleh Allah... so dari situ kita tahu yang kita atau mereka pakai akal atau tak berakal..
wallimatulurus... opp silap, wassalamm.. 9w2rkm

Anonymous said...

Yezzz, tman pun baru nak blaja. kalau terkasar bahasa dan terlebih2 pandai, nasihat teman baik2... Seronok pagi2 dgn rakan2, pembakar semangat sebelum keje..9W2SOJ

Anonymous said...

73, mgkin 'penyibuk' tu memahami anda nk berurusniaga (tujuan komersil) dijaluran. rasanya x salah klu kita bertanya tntg hrga brg n peralatan radio dijaluran, asalkan kita bkan mempromosi atau menjual brg bg pihak sndiri or pihk ketiga. mungkin kalimah 'amatur' itu perlu lbih dperhalusi' ok de 9w2odc

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .