05 May 2009

Memory Of Kursus Bakal Pegawai (S) Siri 1/2009...


Telah 2 hari "Kawan" kembali ke alam persekolahan. Jenuh la minda nie nak kena tunning semula. Walau pun sebulan, tapi minda nie sarat dgn ilmu-ilmu kententeraan yang perlu dipelajari dan kemudiannya diamalkan semasa latihan di medan. Mimpi pun masih lagi berkisar tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalani. Bukan mudah rupa-rupanya nak segarkan minda ni semula yer. Itu baru sebulan, kalau 21 tahun... entah macam manalah agaknya.


Setelah 30 hari, "Kawan" berjaya menghadapi segalanya dengan penuh ketabahan. Sedetik... terlintas juga untuk mengalah. Namun segalanya berjaya diatasi. Minda diperkuatkan semula akan tidak mudah patah semangat. Akhirnya setelah keputusan dikeluarkan, "Kawan" mampu mencapai ranking yang memuaskan hati. Sekalung terima kasih diucapkan kepada semua jurulatih yang ikhlas membimbing kami semua. Tanpa anda, kami akan mereput untuk selama-lamanya.


Insyaallah, selepas ini andainya ditauliahkan "Kawan" akan kembali semula untuk mengikuti kursus-kursus yang lain pula. Cabarannya tentulah lebih getir daripada yang telah dihadapi. Bak kata pepatah "Masuk Kandang Kambing Mengembek, Masuk Kandang Harimau Mengaum". Jadi kita ikut mengaum juga le...


P/S : Semasa menjalani kursus tersebut, terfikir dibenak "Kawan" betapa ayahanda begitu tabah semasa berkhidmat dalam tentera. Rupa-rupanya bukannya mudah untu memperolehi rezeki. Banyak ranjau yang dihadapi. Lebih-lebih lagi pada masa tersebut insurgensi masih lagi hebat. Nyawa, bila-bila boleh melayang...

2 comments:

9w2soj said...

nunggu lama bebenor citer dari mike... seronok, teman dah lalui dulu 21 tahun lepasmasa palapes kat upm 84-87..semoga diteruskan usaha

yongzu @ 9W2YZU said...

OOOOhhh anak tentera jugak ek? :)

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .