Akhirnya pandai juga kamu semua yer. Bermain secara satu pasukan, dapat menyerap segala tekanan dan pandai menggunakan akal fikiran yang dikurniakan oleh Tuhan. Jika begini barulah peminat tempatan seronok. Adalah juga "feel" untuk bersama-sama memberi sokongan kepada pasukan negara walau pun cuma dari jauh.
Tahniah kepada kamu semua, lega rasanya apabila "Kawan" membaca di akhbar pagi ini bahawa pasukan Malaysia berjaya mengalahkan pasukan Thailand sekaligus menunjukkan jalan keluar kepada mereka untuk pulang lebih awal. Semoga kejayaan ini berterusan agar kemarau emas dalam acara bola sepak sukan SEA dapat ditamatkan.
P/S : Bagaimana pula agaknya dengan nasib pasukan sepak takraw apabila gelanggang dibuka secara rasmi. Mampukah mereka melenyapkan pula keangkuhan pasukan Thailand...

No comments:
Post a Comment