08 November 2010

Bandar Warisan...










Puas berehat di rumah, kami mengambil keputusan untuk ke Bandar Warisan Taiping. Lagi pun "Kawan" ada urusan tempahan baju uniform di sana. Di Ipoh bukannya tiada kedai jahit baju-baju uniform cuma kualitinya agak kurang memuaskan hati. Lagi pun sambil menempah baju sambil-sambil makan angin. Setelah selesai urusan tempahan di kedai yang terletak di Jalan Kemunting Lama, kami bergerak ke medan selera yang menjual beraneka Yong Tau Fu di bandar Taiping.  Dalam jangka masa yang terhad itu kami masih sempat singgah ke Muzium Perak dan mengelilingi kawasan Taman Tasik. Dijangka lagi dua minggu siaplah baju tersebut dan yang pastinya kami akan kembali semula. Nasiblah Taiping tidaklah jauh sangat daripada Ipoh...

P/S : Walau pun cuaca agak redup, panorama  Taman Tasik tetap kelihatan menarik. Cuma gelagat-gelagat pasangan muda-mudi menyebabkan suasana menjadi cacat....

1 comment:

en_me said...

sayup sayup chantekknyerr..

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .