20 April 2011

Membimbangkan...

Petikan di atas dipetik daripada blog Cina Islam.

Jika dilihat daripada fakta yang ditunjukkan, kes bunuh diri semakin menjadi "trend" di negara ini. Bunuh diri dilihat sebagai suatu jalan penyelesaian terakhir sesorang individu untuk lari daripada tekanan yang dihadapi. Sedangkan tanpa mereka sedari ada kehidupan lain di alam Barzakh yang menjanjikan perjalanan yang lebih panjang sebelum dibangkitkan semula.  

Nilai-nilai agama kelihatan diketepikan lantaran terdorong dengan kemahuan nafsu semata-mata. Apakah pada zaman ini umat Islam yang membunuh diri semakin jauh daripada landasan dan tuntutan agama Islam? Pengetahuan Islam yang cetek mungkin penyebab utama sehinggakan iman menjadi semakin rapuh lantaran corak kehidupan yang mementingkan kehidupan duniawi.

Semoga akan ada jalan penyelesaian terbaik bagi menarik semula umat Islam di negara ini untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup setiap hari.

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .