Sesuatu kemahiran perlu digilap setiap masa agar mampu menjadikannya lebih mantap. Di sekolah murid didedahkan dengan subjek Bahasa Melayu. Di dalamnya terkandung bidang penulisan, murid dikehendaki mempelajari subjek ini sejak Tahun 1 lagi.
Setiap tahun, kemahiran yang diperkenalkan berbeza-beza. Semuanya mengikut tahap kematangan dan pemikiran masing-masing. Pada Tahun 6 mereka akan diuji dalam peperiksaan awam iaitu UPSR. Peperiksaan yang menentukan ke manakah hala tuju mereka semasa di Tingkatan 1 kelak.
Diari di atas milik salah seorang pelajarku yang berada di Tahun 4. Paparannya tulus dari hati nurani masing-masing. Pada usia sebegini, mereka pelu menumpukan perhatian terhadap pelajaran daripada memikirkan tentang cinta dan perasaan.
Untuk menyalahkan mereka sepenuhnya adalah suatu tindakan yang kurang adil. Setiap hari mereka didedahkan dengan pelbagai program televisyen dari dalam dan luar negara. Kebanyakkan cereka yang ditayangkan lebih kepada tema cinta sesama manusia. Hal ini mempengaruhi pelajar walau pun pada usaha yang masih terlalu muda.
6 comments:
Stresssssssssssssss, menyampah server lembab.........tolong............saps
Hihihi...mcm org lemas kt laut....
semua guru kena buat saps.moe.gov.my kan....
tak stress ke? isi markah seorg murid aje server down...
bukan lemas di laut tp lemas sb stress. dah le upsr lagi sebulan.
Program kita nie sebenarnya mmg mantap. Sayangnya tidak selari dgn kemudahan yg disediakan. Sepatutnya kita mengadakan lebuhraya 4 lorong, sebaliknya hanya jalan kampung yg ada. Mau tak sesak jika guru2 semelaysia online utk pengisian data. Aduhai, kementerian berbuatlah sesuatu, nyanya guru yg terpaksa mengisi data2 yg sama berulang2 kali. Hanya disebabkan sistem yg teramat-amat lembab...
hari ini akak angkut P14G ke sekolah. Baru siap isi sb laju. kalau guna sekolah punya sah x boleh.
mlm tadi tido 1.30a.m. sadis betul tau. lapan subjek kena isi.
X per kak..sabo... ganjaran pahala digandakan spjng Ramadhan. Insyaalllah jika diterima, nanti blh menuai semasa di Sana...
Post a Comment