Aidilfitri menjelma lagi, meninggalkan Ramadhan bulan penuh barakah dan bulan yang dijanjikan keampunan. Apakah bertemu dengan Ramadhan lagi pada tahun hadapan, tiada siapa yang boleh menentukan. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya.
Aidilfitri disambut secara sederhana. Merayakan hari kemenangan setelah kita berpuasa dan mengekang hawa nafsu selama sebulan. Walaupun iblis dibelenggu namun peperangan melawan hawa nafsu rupa-rupanya lebih hebat. Silap-silap jika tergoda, kita pula yang bertukar menjadi iblis.
Sempena Ramadhan yang lepas juga, aku mulai bebas daripada sesuatu. Kini aku masih meneruskan usaha itu. Entahkan berjaya, entahkan tidak kerana perjuangan ini terasa sebegitu berat. Melupakannya bagaikan menghindarkan semua kenangan pada seseorang kekasih. Benar-benar terseksa dan mencengkam perasaan.
Dulu, aku pernah bebas daripada tabiat ini. Selama 3 tahun aku memperjuangkannya. Namun segalanya terungkai selepas aku diserang sakit-sakit sendi di kakiku. Aku mengambil jalan pintas, walaupun kesakitannya hilang, ianya ternyata terlalu mahal dengan pengorbanan yang terpaksa dilakukan.
Semoga kali ini aku berjaya sehingga ke akhir hayat. Bebas daripada cengkamannya ibarat bebas daripada belenggu penjajah.
P/S : Hari ini juga genap 54 tahun Malaysia merdeka. Perpindahan kuasa daripada penjajah British kepada orang-orang Melayu. Kuasa yang menyebabkan pihak kapitalis semakin berkuasa di bumi tercinta ini. Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah sempit hidupnya. Merdekakah itu?
1 comment:
Salam Aidil Fitri buat pijul sekeluarga. Maaf Zahir Batin.Semoga berjaya membebaskan diri dari 'SESUATU'. Akak sentiasa doakan kerana akak tahu 'SESUATU' tu apa......? Insyaallah.
Post a Comment