06 December 2011

Beristirahat ke beristerirehat atau beristirehat...


Kedatangan cuti penggal hujung tahun mengundang keceriaan kepada pelbagai pihak. Bagi ibubapa yang berpendapatan tinggi atau mempunyai dana simpanan yang mantap, inilah peluang untuk membawa anak-anak mereka makan angin. Destinasi mereka sudah pasti bergantung kepada peruntukan yang dimiliki. Banyak duitnya, maka jauhlah destinasi yang dikunjungi. Apa pun alasannya semoga percutian ini memberikan impak yang besar kepada semua. Semoga hubungan di dalam keluarga semakin kukuh dan mantap..

P/S : Cubaan pertama kali menggunakan aplikasi "blogger droid"...
Published with Blogger-droid v2.0.1

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .