01 April 2012

Manusia Oh Manusia...


(Kosmo | Ahad | 1 April 2012)

Bila diperhatikan dunia ini semakin lama semakin banyak kejadian pelik-pelik yang berlaku. Jika dahulu golongan wanita merasa tidak selamat. Kini keadaan mulai berubah. Lelaki pula menjadi mangsa rogol. Perogolnya bukan lelaki sebaliknya perempuan. Kejadian ini berlaku di Zimbabwe.

Khabarnya, lelaki ini diburu untuk mendapatkan spermanya. Bukan digunakan untuk melahirkan zuriat tetapi untuk ilmu hitam yang dikenali sebagai "juju". "Juju" adalah amalan sihir yang masih kuat diamalkan oleh masyarakat benua Afrika. Upacara ini didakwa boleh mendatangkan kekayaan, melariskan perniagaan dan mengelakkan penjenayah daripada dikesan. Selain itu, "juju" juga digunakan untuk memudaratkan orang lain.

Kebanyakkan kes yang berlaku apabila mangsa menumpang kenderaan-kenderaan persendirian. Mangsa akan diugut dengan pistol atau pun pisau dan kemudiannya diberikan ubat perangsang sebelum mereka dirogol berulang kali. Setelah itu mangsa ditinggalkan di tepi jalan.

P/S : Begitulah apabila manusia bertuhankan nafsu. Segala boleh asalkan hati merasa puas. Bak kata pepatah "Beraja di mata, bersultan di hati". Hanya Al Quran sebaik-baik jalan penyelesaian...

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .