"Selamat pagi Encik Pijul. Saya Leyla daripada syarikat kad kredit yang beribu pejabat di Kuala Lumpur. Memandangkan rekod pembayaran encik yang agak cemerlang, pihak kami ingin menawarkan pakej Kad Super VVIP kepada encik dan keluarga. Pakej ini hanya diberikan kepada pelanggan yang terpilih sahaja. Bayarannya adalah sebanyak RM499 melalui panggilan ini. Sekiranya encik berminat, apa yang kami.perlukan ialah empat nombor terakhir kad kredit encik sahaja. Encik akan menerima Kad Super VVIP ini dalam tempoh 7 hari bekerja."
Pernahkan anda menerima panggilan sebegini? Rasanya tentulah pernah. Panggilan seperti ini akan berselindung disebalik nama syarikat kad kredit walhal sebenarnya panggilan itu adalah daripada syarikat lain. Kebiasaannya apabila menerima panggilan sebegini, saya akan menyatakan keengganan untuk terus berurusan. Pernah juga ada di antatara pemanggil yang bersikap seolah-olah memaksa agar saya mendengar penjelasannya. Perkara ini akan berulang lagi dan seandainya kita kurang bijak maka kita akan terperangkap dengan helah si pemanggil tersebut.
Apa yang dikesalkan adalah sikap syarikat-syarikat tertentu seperti pihak bank dan pengendali kad-kad kredit yang memberikan maklumat-maklumat mengenai pelanggan kepada mereka. Jika tidak, bagaimana syarikat-syarikat ini boleh menghubungi nombor-nombor telefon pelanggan. Perbuatan seperti ini merupakan suatu tindakan yang tidak beretika. Sepatutnya syarikat-syarikat menjaga kerahsiaan para pelanggan mereka dengan seketat-ketatnya.
Seharusnya mereka yang terkena denagan cara ini tampil ke hadapan. Ini penting agar perkara sebegini tidak menjadi suatu barah yang semakin teruk. Kegiatan tidak bermoral pihak syarikat yang membocorkan maklumat pelanggan seharusnya ditanggani segera.
P/S : Petang tadi pun ada satu panggilan lagi yang diterima. Kebanyakan panggilan adalah dari Kuala Lumpur. Jika diamati nombor tersebut telah berulang kali menghubungi saya dan berulangkali jugalah segala pakej mereka ditolak. Tapi gaya-gayanya mereka masih tidak faham-faham juga....
No comments:
Post a Comment