06 September 2013

Kambing pun Masih Tersenyum...



Kata makhluk seorang nie, "baguslah minyak naik dua puloh sen sahaja."

Makhluk yang seorang lagi pula bertanya, "mengapa pula bagus?"

"Bagus le. Sebab hanya naik dua puloh sen. Cuba kalau dinaikkan sehingga seringgit. Macam mana?" Makhluk pertama tadi menjawab dengan yakin.

"Padan kat muka kau ler. Aku anak dua ajer. Kau anak lapan. Gaji aku adalah jugak dalam 4 ribu lebih. Gaji kau... dua ribu pun tak adakan? Lepas tu kau... siang malam kena buat itu dan ini untuk menambah pendapatan. Siapa yang teruk??? Itu pun kau tak sedar diri lagi ke???" Makhluk yang ke-3 terus mencelah untuk mematikan hujah Pak Pandir makhluk pertama tersebut.

Kemerah-merahan muka makhluk yang pertama. Dia lantas mengangkat punggungnya. Menuju ke motorsikalnya. Menghidupkannya lalu meninggalkan tempat tersebut.

"Rasakan belagak sangat. Begitulah jadinya bila otak dah dibelenggu oleh sesetengah pihak sahaja. Punyalah taksub sampaikan kesusahan sendiri pun lupa..." Ujur makhluk ke-3 bersahaja....

P/S : Kadang-kadang bila terlampau susah pun boleh menyebabkan pemikiran sesorang menjadi tepu. Sukar untuk mentafsir dan melihat akan sesuatu kejadian di sebaliknya. Tapi, jika golongan senang-lenang dan cerdik-pandai pun tepu, agak-agaknya kambing masih tersenyum lagi tak....

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .