Kata seorang ayah kepada ketiga-tiga anaknya...
"Mulai hari ini, ayah akan kurangkan perbelanjaan kamu semua". Ayah menarik nafasnya dalam-dalam.
"Jika sebelum ini masing-masing mendapat duit belanja RM2.00 seorang. Mulai besok, masing-masing hanya akan menerima RM1.50 sahaja," kata ayah lagi.
"Tapi ayah..." along mula bersuara.
"Mana cukup sebanyak itu, ayah?" angah tiba-tiba mencelah.
"Kenapa tidak cukup?" Tanya ayah.
"Kami makan setiap hari di kantin sekolah pun memang RM2.00 ayah," kata angah lagi.
"Itu pun cuma dapat nasi lemak sebungkus dan air sirap segelas. Lebihan sebanyak 50 sen lagi, kami gunakan untuk membeli air sirap di sekolah agama pada waktu petang pula, ayah..." Ucu turut menyokong abang-abangnya.
"Ayah tidak mahu tahu apa masalah kamu. Nanti peruntukan untuk baju raya tahun depan, ayah akan tambah peruntukan tersebut," kata ayah sambil berlalu pergi.
Ketiga-tiga anak tersebut memandang dengan wajah yang sugul. Bagaimana mereka akan berbelanja dengan wang sebanyak itu....
P/S : Apalah ertinya menjadi pemimpin seandainya kita tidak mampu menyediakan yang terbaik untuk mereka yang berada di bawah tanggungjawab kita....
No comments:
Post a Comment