04 September 2013

Minyak Oh Minyak....


Sinar Harian Edisi Perak | Rabu | 4 Sept 2013

Perkara inilah yang kita bimbangi kesan daripada kenaikan harga minyak. Rantaian antara minyak dan barangan serta perkhidmatan tetap ada. Apabila berlaku kenaikan harga minyak, sudah pasti kenaikan akan berlaku kepada barangan dan kos perkhidmatan akan meningkat. Semua pergerakan dan penghantaran menggunakan kenderaan. Kenderaan pula akan menggunakan minyak sebagai bahan api untuk menggerakkannya. Jadi bagaimana kita mahu menafikan perkaitannya.

Bersetuju dengan dasar kerajaan bukanlah merupakan suatu kesalahan. Kita dituntut agar menyokong dasar-dasar negara supaya dasar-dasar pembangunan dapat dijalankan.Tetapi bersetuju kepada semua perkara itulah yang silap. Jika kita mahu mengampu kerajaan sekali pun biarlah berpada-pada. Kita rakyat pertengahan dan bawahan yang akan tersepit. Mereka di atas tidak merasakan apa-apa kesan kerana makan, pakaian, kos minyak dan kenderaan ditanggung oleh kita. 

Minyak naik 20 sen seliter. Maka barangan lain pun akan menuruti. Sayuran naik 20 sen, ayam naik 20 sen, ikan naik 20 sen dan yang lainnya pun akan naik. Walau pun kenaikannya hanya serendah 1 sen pun, tetapi bila dikumpulkan  dengan kesemua perkara yang terkesan akibat kenaikan ini akan menyebabkan kehidupan kita menjadi terbeban. 

Bagi orang bujang, kenaikan seperti tidaklah dirasakan sangat. Mereka masih boleh makan dan masih boleh bersuka ria. Jika tidak mampu... mee segera boleh menjadi pilihan untuk mengalas perut. Cuba alihkan fikiran kita kepada mereka yang telah berkeluarga dan berpendapatan rendah pula. Ditambah dengan bilangan ahli keluarganya yang besar. Agak-agak bagaimana mereka akan menghadapi kesan daripada kenaikan harga minyak ini.... 

P/S : Gaji beribu-ribu tidak menjadi masalah, yang menjadi masalah yang gaji ratus-ratus. Takkanlah nak bekerja 24 jam sehari. Kesian pada anak-anak yang akan terabai kerana ibubapa terpaksa menjadi hamba duit....

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .